PASIR MAS - Pasar tani anjuran Masjid Mukim Binjal dengan kerjasama Fama dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Binjal berlangsung dengan meriah, di sini semalam.

Imam Muda, Muhd Afifi Muhd Nor berkata, masjid tersebut merupakan  yang pertama di negeri ini menganjurkan program seumpama itu.

Katanya, program berkenaan diadakan bagi mengimarahkan masjid selain membantu penduduk setempat mendapatkan barangan dengan harga murah.

“Penganjuran pasar tani ini juga untuk membantu peniaga-peniaga setempat memasarkan barangan mereka," katanya.

Menurutnya, lebih 50 gerai jualan disediakan di pasar tani yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Dalam program itu turut diadakan aktiviti cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan mengukir buah-buahan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Fama akan melebarkan konsep perniagaan pasar tani di pekarangan masjid bagi memberi peluang perniagaan kepada komuniti setempat.
  • PARIT - Pengunjung pasar tani di dataran pekan Parit boleh menikmati penjimatan melalui jualan istimewa happy hour yang dijalankan sempena penambahan hari operasi pasar tani berkenaan.
  • KUALA SELANGOR - Bilangan pasar tani perlu diperbanyakkan di daerah ini bagi membolehkan rakyat dapat membeli barangan bahan mentah dengan harga terkawal.
  • KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan bakal mewujudkan Pasar Tani Pelancongan yang pertama di negeri ini yang dijangka beroperasi pada awal September ini.
  • TANGKAK - Sempena Aidilfitiri kali ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri akan menyediakan sehingga 15buah pasar tani khas pra-Aidilfitri di seluruh Johor bagi memudahkan orang ramai memperoleh barang keperluan mereka pada musim perayaan.