KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga 23 mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu meminta anggota keluarga mangsa yang terlibat supaya bersabar.

"Sudah tentu berita ini sangat mendukacitakan seluruh keluarga mangsa yang terkorban. Bersabarlah dalam menerima segala musibah termasuk berita kematian yang tiada diduga kejadiannya.

"Kita doakan anak-anak pelajar tahfiz yang terkorban ditempatkan di sebaik-baik kedudukan dalam syurga Allah serta digolongkan bersama para syuhada dan solehin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Setelah kemerdekaan negara berusia 60 tahun, sewajarnya kepimpinan berjiwa merdeka membebaskan minda mereka daripada mentaliti yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri.
  • KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengambil kira semua pandangan yang dicetuskan dalam resolusi Kongres Rakyat Kelantan 2016 bagi memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya.
  • KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama polis dalam mengekang kegiatan kumpulan militan termasuk Daesh di negeri ini.
  • KOTA BHARU - 60 penuntut Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara, Turki pada Sabtu lepas, selamat tiba di Kaherah, Mesir, pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.