PASIR MAS - Seorang lelaki yang berpenyakit mental dikhuatiri hilang selepas keluar dan tidak pulang ke rumah di Kampung Banggol Tampoyak, Alor Pasir, Meranti sejak Jumaat lalu.

Azmi Othman, 44, dikatakan keluar sekitar jam 11 pagi memakai baju t-shirt berwarna hitam dan berseluar slak coklat.

Ibu saudaranya, Zaudah Awang Kecik, 60, berkata, mereka ada melihat Azmi munda mandir di kawasan rumah seperti biasa namun tidak menyangkan dia akan menghilangkan diri.

"Kami sudah berusaha mencari ke semua tempat, termasuk kampung berhampiran tetapi sehingga sekarang tidak ditemui.

"Ini merupakan kejadian kedua berlaku selepas tahun lepas dia pernah hilang tetapi tidak lama seperti sekarang," katanya.

Menurutnya, mereka bimbang tentang keadaan Azmi kerana dia mempunyai masalah mental.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jeram Perdah.

Zaudah merayu kepada orang ramai yang ada melihat atau terjumpa Azmi agar menghubungi mereka dengan segera.

"Kami amat bimbang dengan keadaan kesihatan yang dialami oleh Azmi.

"Jadi kami merayu kepada orang ramai  jika ada melihat Azmi mereka boleh menghubungi talian 013-965 7755 atau 012-95 41706, Abdul Rashid Jusoh," katanya.