BUKIT BUNGA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan harga lebih murah akan dinikmati pengguna jika berbelanja di dalam negara.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, semua barangan yang dipasarkan dalam negara dikawal satu badan khas (KPDNKK) bagi memastikan pengguna tidak terbeban dan peniaga mendapat manfaat bersama.

“Keyakinan pengguna akan beri manfaat kepada peniaga. Peniaga tawarkan barangan pada harga berpatutan, wujud konsep menang-menang dalam urus niaga di sini yang dijalankan dengan jelas dan telus.

“Di KPDNKK, kita pantau harga barangan ditawarkan peniaga. Pengguna tidak akan akan terbeban, berbelanjalah di tempat kita, murah dan dapat bantu ekonomi negara," katanya.

Ab Ghani berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Jualan Mega 1Malaysia 2017, Pasaraya Pantai Timur Bukit Bunga di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ab Ghani berkata, pihaknya sudah membuat perbandingan harga antara barangan di negara jiran dan mendapati harga ditawarkan dalam negara lebih murah.

“Kalau nak beli di Thailand, tukaran wang asing mahal. Kita dah bandingkan harga di negara jiran, di sini lebih murah. Masyarakat di sana pun beli barang di sini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran Jualan Mega 1Malaysia berkenaan, Ab Ghani berkata, ia bertujuan memastikan urus niaga dijalankan tidak membebankan pengguna.

Menurutnya, tinjauan pihaknya juga mendapati kira-kira 4,522 barangan yang terdapat di pasar raya berkenaan dijual pada harga murah dengan potongan sehingga 70 peratus.

“Pemeriksaan juga dilakukan terhadap senarai skim kawalan harga musim perayaan. Daripada 21 jenis barang yang kita kawal di sini ada 18 jenis barangan yang rata-rata dijual di bawah harga syiling," katanya.

Tambahnya, harga yang ditawarkan pasar raya itu juga lebih murah dan ia satu kelebihan kepada pengguna di sini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA SELANGOR - Sebuah premis yang menjalankan perniagaan jualan beg tiruan jenama terkenal atas talian diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Selangor.
  • SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor memeriksa premis jualan di Stadium Shah Alam bagi memastikan peniaga tidak melakukan kesalahan.
  • TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Teluk Intan berjaya mencatat nilai rampasan berjumlah RM190,000 membabitkan 92 kes bermula Januari tahun ini sehingga minggu lalu.
  • PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK) merampas pelbagai barangan berjumlah RM26,162.30 di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 di seluruh negeri.
  • PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK) merampas pelbagai barangan berjumlah RM26,162.30 dibawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 di seluruh negeri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.