TANAH MERAH - Jambatan menghubungkan Pulau Raya dan Jelatok, di sini, sekali lagi berisiko tenggelam sekiranya hujan terutama di kawasan hulu negeri ini sejak beberapa hari lalu berterusan.

Jambatan sepanjang 160 meter itu kali pertama ditenggelami air pada tahun ini, 1 Januari lalu yang berlarutan selama empat hari, menyebabkan penduduk di pulau berkenaan terputus hubungan darat selama seminggu.

Penduduk Kampung Jelatok, Chu Kwan Kee berkata, walaupun air sungai memisahkan dua kampung itu semakin surut, jambatan itu berisiko tenggelam sekali lagi sekiranya paras Sungai Kelantan meningkat berikutan hujan berterusan.

"Jambatan ini melintasi anak sungai yang melencong dari Sungai Kelantan. Kalau air sungai besar naik, air sungai ini pun naik.

"Masa kali pertama tenggelam hanya empat hari tapi selepas seminggu, baru penduduk boleh guna (jambatan) sebab jalan tambun (tuju) runtuh dihanyutkan air," katanya, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di kawasan jambatan berkenaan mendapati paras air anak sungai berkenaan masih tinggi berbanding hari biasa.

Bagaimanapun, kerja pembinaan jambatan kekal sebagai ganti jalan tuju dan sambungan kepada jambatan sedia ada yang dihentikan sebelum ini kerana banjir sudah disambung semula.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng telah menjelaskan mengenai pembayaran bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut berikutan permintaan oleh Barisan Nasional untuk butiran pembayaran projek itu.
  • KUALA LIPIS - Hari pertama persekolahan jauh berbeza buat seorang murid pra sekolah Sekolah Batu Yon, Bukit Betong di sini apabila terpaksa menyeberang jambatan gantung yang telah rosak.
  • KULIM - Kenderaan bermuatan lebih 25 tan metrik tidak dibenarkan melalui jambatan sementara laluan Sungai Ular-Serdang dekat Taman Seri Mahkota yang dibuka pada tengah malam ini.
  • KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan jambatan ketiga Klang yang bernilai RM199 juta di sini sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.