PASIR PUTEH - Bengkel Penulisan Skrip Asas Filem/TV akan diadakan di Kota Bharu selama tiga hari bermula 17 November nanti sebagai memenuhi permintaan warga Pantai Timur.

Pengarah Filem, Kamal Ishak, 59, berkata, beliau akan mengendalikan bengkel tersebut atad permintaan rakan-rakan yang sebelum ini tidak berkesempatan mengikutinya di Kuala Lumpur.

Katanya, lokasi bengkel itu akan ditentukan selepas sepuluh peserta mendaftar atau mengesahkan penyertaan mereka.

“Bengkel itu merangkumi pembelajaran penulisan skrip dalam pelbagai kaedah seperti format, konflik, plot, dialog, klimaks dan lain-lain.

“Peserta akan diberikan nota pembelajaran dan naskah skrip sebagai rujukan selain tayangan filem atau drama tv untuk memberi gambaran lebih jelas,” katanya.

Kamal berkata, beliau juga akan beri tips pada sesi ‘pitching’ kepada peserta yang bakal menerima tawaran daripada pihak stesen untuk menerbitkan naskah mereka.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Kamal di emel  kerismadura@yahoo.com untuk maklumat lanjut atau membuat pertanyaan.

Kamal merupakan pengarah filem/tv berpengalaman, penulis skrip, penyunting, penceramah perfileman, perunding kreatif perfileman, panel skrip dan juri.