PONTIAN - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Timur, disaran agar merebut peluang ekonomi baru yang ditawarkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang kini pesat membangun.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Shamodin Abdul Halim, berkata, PPK Pontian Timur yang termasuk dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia perlu mempergiatkan usaha dengan pengurusan yang lebih baik dan menggunakan idea baru dalam setiap pelan tindakan yang dirangka.

“Selain membuka ruang pemasaran produk yang lebih luas, peladang juga dapat meneroka peluang ekonomi baru melalui agro pertanian dan teknologi tanaman baru yang diperkenalkan,” katanya pada perasmian Mesyuarat Agung PPK Pontian Timur, Pekan Nanas, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Mohd Yusof Salleh, Pengurus Besar PPNJ, Rosmin Jawahir dan Pengerusi PPK Pekan Nanas, Selamat Othman.

Shamodin berkata, PPK tidak seharusnya bergantung kepada sumber ekonomi tradisi seperti memberikan kredit kepada ahlinya sebaliknya memperluaskan kepada kegiatan ekonomi berskala besar. Menurutnya, tidak dinafikan ada  keuntungan yang dicapai pada setiap tahun, namun pencapaian adalah di peringkat sederhana berdasarkan kepada saiz keluasan PPK atau aktiviti yang dijalankan.

“Oleh itu, PPK perlu mengubah corak pendekatan ekonomi yang digunakan kepada setiap ahlinya bagi memastikan saiz pengluaran yang lebih besar dapat dicapai,” katanya.

Tambahnya, sebagai organisasi yang turut sama menjayakan pembangunan di luar bandar, LPP perlu sentiasa turun padang bagi mendekati setiap PPK untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menyelesaikannya bersama. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PONTIAN - Sudah menjadi kelaziman setiap kali menjelang 31 Ogos, tukang jahit, Noor Fadzilla Ogusalim, 29, sibuk menyiapkan tempahan baju Jalur Gemilang.
  • PONTIAN - Seorang warga emas sanggup meredah api untuk menyelamatkan dokumen penting dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sri Gambut, Pekan Nanas, kira-kira jam 6.30 petang, Ahad lalu.
  • PONTIAN - Nelayan di negeri ini bertuah kerana nasib mereka sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan negeri melalui penubuhan Tabung Pembangunan Nelayan.
  • PONTIAN - Tiada kata yang dapat diluahkan bagi menggambarkan rasa syukur, apabila perjuangan membela nasib nelayan yang terjejas dengan penambakan benteng pemecah ombak diberi perhatian oleh kerajaan negeri menerusi bayaran sagu hati berjumlah RM1.3 juta.
  • PONTIAN - Sebuah pusat pemindahan sementara banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan yang menempatkan 96 mangsa daripada 24 buah keluarga ditutup sepenuhnya jam 4 petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.