• Antara treler yang dikenakan kompaun kerana diletakkan dibahu jalan di kawasan perumahan yang tidak dibenarkan. - Foto Sinar Harian Antara treler yang dikenakan kompaun kerana diletakkan dibahu jalan di kawasan perumahan yang tidak dibenarkan. - Foto Sinar Harian
1 /

RAWANG - Larangan keras tidak membenarkan kenderaan berat diletakkan di kawasan taman perumahan tidak diambil perhatian serius segelintir pemandunya.

 Meskipun beberapa kali tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di beberapa kawasan lain, namun perkara itu tidak dianggap sebagai satu pengajaran.

 Terbaru, melalui operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) di Taman Garing Permai, Desa Ria dan Bandar Country Homes, sebanyak sembilan treler dan sebuah bas persiaran dikenakan tindakan.

 Ketua Operasi juga Penolong Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzil Ainul Fadzil berkata, tindakan pemilik juga pemandu kenderaan berat meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Menurutnya, penduduk melahirkan rasa kurang senang dengan sikap ambil mudah pemiliknya menyebabkan aduan dibuat terus kepada pihak MPS.

 “Kawasan perumahan tidak sesuai digunakan oleh kenderaan berat kerana berbahaya dan menyebabkan jalan mudah rosak kerana tidak dapat menampung berat kenderaan.

 “Tindakan adalah di bawah UUK 8(1) undang-undang kecil Taman (MPS) 2005 sementara Spad turut mengeluarkan notis untuk proses siasatan dan tindakan permit kenderaan perdagangan,” katanya.