SENAI - “Saya harap anak saya cepat sihat kerana sejak dilahirkan lebih dua bulan lalu, dia masih menerima rawatan di hospital," ujar seorang bapa, Khairul Afendy Mohamad.

Anak kedua Khairul Afendy, 31, Nur Aqila Alisha menghidap spina bifida dan sehingga kini masih menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini serta dipantau 24 jam.

Kerani operasi itu memberitahu, penyakit anak keduanya itu hanya diketahui sebaik bayi perempuan itu dilahirkan pada 9 Jun lepas di HSA.

“Saya dan isteri, Norain Abd Rahaman, 27, sedih lihat keadaan anak begitu, tulang belakangnya ada masalah.

“Doktor juga beritahu kaki anak saya tak mempunyai rasa dan kalau cubit pun dia tak rasa sakit.

“Salur najisnya turut tersumbat dan kalau dia buang air besar juga tidak seperti bayi lain,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Khairul Afendy memegang gambar anaknya Nur Aqila Alisha yang menghidap spina bifida

Khairul Afendy berkata, Nur Aqila Alisha juga telah menjalani pembedahan selepas empat hari dia dilahirkan.

“Sepatutnya untuk buat pembedahan plastik di tulang belakang badannya.

“Tapi selepas doktor periksa, organ dalaman anak saya juga tak sihat menyebabkan ia ditangguhkan dan bergantung kepada kekuatan anak saya selepas ini," katanya.

Katanya, setiap hari, dia akan berulang alih dari tempat kerjanya di Jalan Seelong, di sini untuk mengambil isterinya yang tidak bekerja di rumah mereka di Bandar Baru Uda untuk ke HSA.

“Kami terpaksa berulang-alik kerana isteri juga perlu menjaga anak sulung, Khairul Fiqri Rushaidi yang berusia setahun empat bulan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Tidak hanya menjadikan berbasikal sebagai hobi, Kelab Basikal Monsoon Rider turut mengambil inisiatif murni apabila membantu meringankan beban pelajar kurang berkemampuan.
  • JITRA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bantuan awal RM100 kepada setiap ketua keluarga yang dipindahkan akibat banjir di negeri ini.
  • KUANTAN - Biarpun amanah yang ditinggalkan arwah kakaknya begitu berat namun hasrat murni itu tetap diteruskan atas rasa kasih sayang yang menebal.
  • KUANTAN - “Saya terpaksa minum air panas yang mendidih bagi menghilangkan rasa sakit,” demikian cerita ibu tunggal beranak satu, Nor Akhzah Ghazali, 31, yang mengalami masalah buah pinggang bocor sehingga menyebabkannya hilang segala deria rasa.
  • SLIM RIVER - Seorang ibu tunggal di Kampung Balun tidak menyangka rumahnya terpilih untuk dibaik pulih dalam program baik pulih rumah di bawah projek touch point bagi Parlimen Tanjung Malim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.