JOHOR BAHRU - Sebuah 'machine sealer'  terbakar di bilik Packing Dewan Bedah Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, tiada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan lain akibat kebakaran alat tersebut yang digunakan bagi membungkus peralatan pembedahan sebelum dihantar ke unit Central Sterile Service Unit (CSSU) untuk disterilkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kebakaran disedari oleh  seorang jururawat apabila dia ternampak api terpercik keluar dari mesin tersebut.

"Tindakan pemadaman api telah dilakukan dengan serta merta mengikut protokol sedia ada dan api dapat dipadamkan dengan segera. Tiada kawasan atau alatan lain terlibat dalam insiden terpencil ini.

"Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dan panggilan bomba telah dibuat bagi bantuan kecemasan dan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keselamatan tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayub berkata, bomba kemudian telah tiba 10 minit kemudian dan menasihatkan agar kawasan kejadian dikuarantin terlebih dahulu sehingga siasatan lanjut dijalankan.

"Sebagai langkah keselamatan, empat dewan bedah berdekatan telah ditutup buat sementara waktu.

"Namun begitu, perkhidmatan pembedahan yang telah dirancang masih diteruskan seperti biasa menggunakan dewan bedah yang lain.

"Manakala, prosedur pembungkusan peralatan pembedahan masih boleh dijalankan dengan menggunakan 'machine sealer' yang lain.

"Kesemua dewan bedah akan mula beroperasi semula pada pagi ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA KETIL - Warga sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan yang sedang menunggu tamat waktu persekolahan cemas apabila siling koridor tingkat 1 bangunan sekolah itu terbakar sebelum terpadam, hari ini.
  • REMBAU - Tiga unit kedai Majlis Daerah Rembau (MDR) di Pekan Chengkau, di sini, musnah terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.
  • BANGI - Sebuah kereta terbakar dalam kejadian berhampiran Tol Bangi di sini, semalam.
  • SEREMBAN - Sejumlah 111 peniaga yang terjejas ekoran kebakaran di Pasar Besar Seremban 9 Sept lepas menerima bantuan wang tunai RM1,000 setiap seorang yang disampaikan Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon.
  • SEREMBAN - Replika dinosaur jenis pemakan sayur atau 'Brachiosaurus' setinggi 12 meter yang dipamerkan di laluan masuk Sentral Bazar Nilai 3, Nilai, terbakar petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.