SUSHI KING menghadiahkan iPhone X kepada tiga pemenang bertuah dalam peraduan swafoto ‘Crazy Cheeesy Smile’ yang bermula 1 April hingga 30 Jun lalu.

Peraduan tersebut di­anjurkan melalui laman Facebook Sushi King dan swafoto milik Nursyahirah Izzati, Tan Zhi Han serta Tan Kia Ying dipilih sebagai pemenang.

Untuk peraduan itu, peserta dikehendaki ber­kongsi swafoto kreatif sambil menikmati hidangan dalam promosi ‘Say Cheese!’.

Wakil Sushi King, Hiroki Mori berkata, berkongsi apa juga aktiviti yang dijalankan pada masa dahulu dan sekarang untuk memak­bulkan impian pelanggan setia adalah kebanggaan Sushi King.

Setiap peserta yang berkongsi swafoto juga diberi baucar RM10 sebagai penghargaan dan layak untuk ke pusingan terakhir yang menyaksikan persaingan untuk merebut hadiah  bernilai lebih daripada RM25,000.

Selain tiga telefon bimbit iPhone X 64gb sebagai hadiah utama, 10 hadiah sagu hati dalam bentuk baucar RM100 juga disediakan.

Ketika ini, peraduan ‘Experience Hokkaido’ yang menawarkan pakej percutian ke Hokkaido bernilai sehingga RM50,000 kepada tiga pasangan bertuah sedang berlangsung dan akan berakhir pada 30 September 2018.