#IYKYK Beauty tawar 76 jenama

Anna Hull (sembilan dari kanan) pada majlis pelancaran #IYKYK Beauty yang diadakan baru-baru ini.
Anna Hull (sembilan dari kanan) pada majlis pelancaran #IYKYK Beauty yang diadakan baru-baru ini.
A
A
A

GUARDIAN Malaysia (Guardian) mengumumkan pelebaran besar-besaran kategori ikoniknya, #IYKYK Beauty, melalui penambahan 34 jenama kecantikan dan kesejahteraan yang membentuk trend baharu di seluruh stornya, menawarkan secara keseluruhannya 76 jenama.

Pelebaran itu mengukuhkan komitmen Guardian untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada pelanggannya, menyediakan mereka pilihan jenama terkini yang sukar ditandingi dan sangat diidamkan, yang telah melanda dunia dalam talian, mengaut jualan yang besar dan menjadi buah mulut warga industri.

Pengarah Komersial di Guardian Malaysia, Anna Hull berkata, melalui kategori #IYKYK Beauty, Guardian menjadi peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di Malaysia.

“Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami telah berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang menarik perhatian peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty meraih kejayaan yang luar biasa, mencerminkan permintaan semakin meningkat untuk produk-produk kecantikan inovatif dan membentuk trend.

Anna berkata, sambutan memberangsangkan terhadap kategori #IYKYK Beauty menggariskan kepercayaannya terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam talian yang sensasi ini mudah diakses oleh pelanggannya di dalam talian mahupun di stor fizikal.

“Pelebaran itu merangkumi enam bahagian berbeza dalam kategori #IYKYK Beauty seperti Trending Beauty, Clean Beauty, Gentle To Skin, MY Beauty, Glass Skin dan Glowing Inside Out.

Dalam ruangan Clean Beauty, Guardian kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin. Selain itu, enam jenama baru akan ditampilkan dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama untuk Glowing Inside Out. Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Anna menegaskan, Guardian mahu untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan global dan memastikan bahawa pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang kompetitif.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!