PENGELUAR produk jenama Chitoberry, BP Rich Legacy Sdn Bhe (BP Rich) optimis produk keluarannya bakal catat jualan menggalakkan sekali gus menyumbang kepada perolehan syarikat pada masa depan.

Pengasas syarikat, Nabilla Ain Zailany berkata, Chitoberry berada di pasaran pada Julai lalu dan merupa­kan produk makanan tam­bahan bertindak tiga dalam satu membantu mengu­rangkan berat badan, memu­tih dan mencantikkan kulit.

Katanya, produk makanan tambahan ini berasaskan chitoglucan psyllium husk, oat fiber, dan acai beri. Chitoglucan sejenis cendawan enoki yang mem­punyai pelbagai fungsi fisiologi yang membantu meningkatkan metabolisme bagi orang yang berbadan gempal.

"Kami mengunjurkan jualan Chitoberry mencecah 5,000 kotak menjelang akhir tahun ini. Unjuran itu dipacu oleh penambahan stokis daripada empat kepada 100 orang di seluruh negara termasuk Brunei dan promosi yang agresif akan dijalankan.

"Chitoberry menerima sambutan memberang­sangkan apabila mencatatkan jualan 300 kotak pada awal jualannya. Kami yakin sasaran akan dicapai beriku­tan keyakinan pengguna, malah kami menjalani kajian dan pembangunan selama tiga bulan bagi memastikan produk dikeluarkan ber­kualiti," katanya.

Jelasnya, selain faktor keunikan produk, komitmen daripada rangkaian pema­saran turut menyum­bang kepada peningkatan prestasi jualan pada masa depan.

"Strategi kami lebih kepada perniagaan atas talian sahaja buat masa ni, kerana kami menjaga stokis dan ejen. Kami menitik beratkan kepa­da kualiti produk, maklum balas positif pengguna yang membeli kembali produk ini.

"Produk ini dihasilkan berbentuk sachet boleh dimi­num oleh lelaki dan wanita yang mengalami masalah berat badan dan tidak lawas. Keberkesanannya bergan­tung kepa­da tubuh pengguna. Setakat ini respons peng­guna menya­takan mereka melihat peru­bahan selepas tujuh hingga 14 hari meng­guna­kannya," katanya.

Ta­mbahnya, BP Rich turut merancang tembusi pasaran Indonesia dan Singa­pura pada 2019 berikutan permintaan tinggi daripada kedua-dua negara itu.

"Mereka yang berminat dapatkan produk dan menjadi stokis boleh menda­patkannya di platform media sosial dan laman sesawang Chitoberry serta menghu­bunginya," katanya.