PRU15: Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

Md Yunus
Md Yunus
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud.

Md Yunus, 61, daripada Pas yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional). - Bernama

Artikel Berkaitan: