Giliran Kampung Bukit Tadom terima bantuan banjir

Mangsa banjir di sekitar Banting beratur sebelum menerima bantuan daripada Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom (A), Kampung Bukit Tadom, Banting, Selangor.

A
A
A

BANTING - Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters diteruskan pada Selasa di pusat bantuan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom (A), Kampung Bukit Tadom, Banting, Selangor.

Seramai 237 ketua keluarga orang asli dari tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Tadom, Kampung Mutus Tua dan Kampung Paya Rumput menerima bantuan daripada #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters.

Setelah selesai mengisi borang permohonan dan disahkan oleh Tok Batin Hadi Anak Jembik, kesemua penerima bantuan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

Mangsa banjir menerima bantuan berupa barangan keperluan harian daripada Alumni UKM.
Mangsa banjir menerima bantuan berupa barangan keperluan harian daripada Alumni UKM.

Pemeriksaan kesihatan turut disediakan oleh petugas kesihatan Ikram Health daripada Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Syarikat insurans terkemuka, Allianz General Insurance Company (M) Bhd (Allianz) pula menyediakan lori serbaguna sebagai pusat kesihatan bergerak untuk pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir.

Selain itu, Misi Bantuan Kasih 7.0 Lembah Klang yang digerakkan oleh Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyumbangkan bantuan berupa barangan keperluan harian.

Artikel Berkaitan: