HCTM terima sumbangan peralatan perubatan daripada UKM

HCTM menerima sumbangan lebih 80 unit mesin 'oxygen concentrator' dan 15 Unit PAPR daripada alumni, warga dan sahabat UKM.
HCTM menerima sumbangan lebih 80 unit mesin 'oxygen concentrator' dan 15 Unit PAPR daripada alumni, warga dan sahabat UKM.
A
A
A

SHAH ALAM - Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) menerima sumbangan lebih 80 unit mesin oxygen concentrator dan 15 unit respirator pembersih udara berkuasa (PAPR) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, Prof Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan alumni UKM berikutan pandemik Covid-19 semakin meruncing sehingga menyebabkan kemudahan hospital tidak mampu menanggung, malah tidak mencukupi.

“Justeru, Pusat Perhubungan Alumni UKM mengambil inisiatif untuk mengumpul dana dan membeli dua peralatan perubatan tersebut untuk disumbangkan kepada HCTM, kedua-duanya penting dalam menghadapi waktu genting ini.

“Kita berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM460,334 daripada alumni, warga dan sahabat UKM dalam tempoh sebulan setengah, malah mendapat sambutan baik daripada mereka.

“Selain alumni dan warga UKM, sahabat UKM yang terdiri daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan dan Persatuan turut membantu membekalkan peralatan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM, Profesor Datuk Dr Norazah Mohd Nordin berkata, projek sumbangan peralatan perubatan itu juga menandakan keprihatinan alumni UKM dalam membantu negara yang mendokong aspirasi UKM sebagai sebuah universiti pendaulat amanah negara.

“Ia turut menonjolkan jiwa UKM yang dibentuk dan diterapkan dalam diri sewaktu pengajian mereka di UKM,” ujarnya.

HCTM turut menerima sumbangan 10 unit ‘oxygen concentrator’ dan 1,000 unit pakaian perlindungan diri (PPE) daripada Presiden Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Sayling Wen melalui Persatuan Kolaborasi Akademik Industri Global Malaysia dan Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM-Global).

Artikel Berkaitan: