X

Kindly register in order to view this article
!

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya akur dengan desakan agar beliau berundur.

Beliau mengumumkan menyerahkan tugas memimpin parti kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, hari ini.

"Berdasarkan kemelut yang dihadapi parti hari ini sata ambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas sebagai Presiden.

"Saya harap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringkat akar umbi foku perkukuhkan parti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak menuntut beliau meletakkan jawatan selepas dilihat gagal menerajui parti susulan tindakan 17 ahli Parlimennya keluar parti.

Beliau juga sebelumnya diminta bercuti susulan pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi di mahkamah.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid menyeru agar tidak lagi berlaku ahli Parlimen dan Adun Umno yang bertindak keluar parti.

"Saya merasai keresahan segelintir pimpinan Umno kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti saya.

"Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada ahli Parlimen dan Adun," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus