PRK Kinabatangan, Lamag: Lima calon selesai serah borang

Mohd Ismail (kiri), Mazliwati, Saddi, Mohd Naim Kurniawan dan Goldam selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag Kinabatangan pada Sabtu.
Mohd Ismail (kiri), Mazliwati, Saddi, Mohd Naim Kurniawan dan Goldam selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag Kinabatangan pada Sabtu.
A
A
A

KINABATANGAN – Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.

Calon terakhir yang menyerahkan borang pencalonan ialah calon Bebas, Goldam Hamid yang selesai berbuat demikian pada jam 9.52 pagi.

Setakat ini, dua calon dari Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing sekitar jam 9.05 pagi, iaitu Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob atau Miha bagi kerusi DUN Lamag.

Sementara itu, Parti Warisan turut menampilkan dua calon, iaitu Datuk Saddi Abd Rahman bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mazliwati Abd Malek bagi DUN Lamag.

Proses penyerahan borang pencalonan ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi, sekiranya tiada calon lain hadir untuk menyertai PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag telah menyerahkan borang pencalonan
  • Calon terakhir menyerahkan borang pencalonan adalah calon Bebas, Goldam Hamid
  • Dua calon dari Barisan Nasional telah menyerahkan borang pencalonan
  • Parti Warisan turut menampilkan dua calon
  • Proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada jam 10 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!