X

Kindly register in order to view this article
!

PR anjur Munajat Selamatkan Malaysia Ahad ini

A
A

SHAH ALAM –  Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) dengan kerjasama NGO Kerabat dan Pahlawan akan menganjurkan program Munajat Selamatkan Malaysia pada 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam. Penasihat Jawatankuasa penganjurnya, Abdul Khalid Samad berkata, program itu diadakan sebagai persiapan rakyat dan  jentera pilihan raya PR bagi menghadapi taktik Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam PRU13 ini. “Program munajat ini akan dipimpin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertujuan memohon kepada Allah agar usaha pihak tertentu yang mahu merosakkan usaha PR memenangi PRU13. “Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. Menurutnya, turut diadakan Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu dan ucapan pimpinan PR antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Pada sidang media sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul berkata, forum Lahad Datu yang dipengerusikan beliau akan membariskan barisan mantan pegawai atasan dari polis dan tentera sebagai panelis. “Kita serahkan kepada mereka untuk mengulas situasi sebenar insiden Lahad Datu. “Seluruh jentera penerangan parti di setiap peringkat diminta membuat tayangan umum program ini di bilik- bilik gerakan parti serta lokasi – lokasi lain yang strategi supaya masyarakat setempat mengetahui fakta sebenar isu Lahad Datu,” katanya. Forum menggandingkan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan mantan Ketua Cawangan Khas (SB) Sabah, ACP (B) Mohd Yousoff Babjee.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!