X

Kindly register in order to view this article
!

Pentadbiran amanah: DAP juga akur...

Abdul Khalid Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan kerajaan negeri Selangor bukan kerana politiknya sebaliknya datang daripada pentadbiran yang cekap dan amanah. Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap pada Majlis Solat Hajat Perdana 'Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah' di kediaman rasminya, malam tadi. "Saya mahu ingatkan bahawa kejayaan di Selangor bukan terletak dari segi politiknya. "Kita akan dapat tunjukkan bahawa orang Islam yang memerintah Selangor tak boleh dipersoalkan oleh orang bukan Islam kerana (kita) amanah, bekerja, menjalankan tugas dan adil kepada semua orang. "Saya rasa kita telah tunjukkan... Saya telah tunjukkan," katanya. Malah beliau menegaskan, meskipun DAP mengkritiknya, namun mereka tidak boleh menafikan kerajaan di bawah pimpinannya itu diperintah dengan baik. "Walaupun DAP kata kita tak betul. Tapi tak ada seorang (dari) DAP boleh kata kerajaan yang dipimpin orang Islam itu tak amanah, menipu rakyat dan tak jalankan tugas dengan baik "Walau dia tak suka kita tapi dari segi kerja, orang dia lebih suka kita daripada orang dia sendiri," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!