Bukti Kerajaan Perpaduan tidak berpecah - Zambry

Zambry bergambar bersama pemimpin pelbagai parti yang hadir pada Malam Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2024.
Zambry bergambar bersama pemimpin pelbagai parti yang hadir pada Malam Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2024.
A
A
A

HULU SELANGOR - Kehadiran pemimpin pelbagai parti yang mewakili masyarakat India pada Malam Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2024 membuktikan dakwaan Kerajaan Perpaduan berpecah khususnya dalam konteks pengundi kaum itu tidak benar sama sekali.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana semua parti komponen dalam kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

"Malam ini kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana kesepaduan yang ditunjukkan dalam Kerajaan Perpaduan.

"Ini terbukti (sentimen) yang dimainkan sesetengah pihak bahawa kerajaan ini berpecah sesama kita, (parti) orang ini tidak mahu tolong dan sebagainya.

"Tetapi malam ini terbukti dalam konteks pengundi masyarakat India daripada pelbagai parti berkumpul dengan matlamat untuk pastikan calon Kerajaan Perpaduan menang dalam PRK nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Serbaguna Chuang Rasa di sini pada malam Khamis.

Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan calon PH, Pang Sock Tao.

Sementara itu, ditanya mengenai tahap keyakinan pengundi terhadap Sock Tao, Zambry mengakui ia sangat positif.

Ujarnya, tahap sokongan yang ditunjukkan rakyat di DUN berkenaan terhadap calon berusia 31 tahun itu menunjukkan momentum sangat baik.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, keyakinan itu bersandarkan sambutan positif yang diberikan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!