Runtuhan batu Gua Kelam hempap enam motosikal

Kejadian berlaku lebih kurang 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam satu yang juga merupakan tapak parkir motosikal orang awam.
Kejadian berlaku lebih kurang 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam satu yang juga merupakan tapak parkir motosikal orang awam.
A
A
A

PADANG BESAR - Sebanyak enam buah motosikal dihempap runtuhan batu di Gua Kelam, Pekan Kaki Bukit, dekat sini pada Rabu.

Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata, kejadian berlaku lebih kurang 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam satu yang juga merupakan tapak parkir motosikal orang awam.

"Kejadian runtuhan batu di kawasan gua itu berlaku dari ketinggian antara 10 hingga 20 meter dipercayai disebabkan kejadian semulajadi akibat proses luluhawa iaitu satu proses penyepaian, pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan di kawasan gua itu.

"Semasa kejadian tiada pengunjung dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya pada Rabu.

Semasa kejadian tiada pengunjung dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Semasa kejadian tiada pengunjung dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Jelasnya, bagi langkah keselamatan, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis menutup serta-merta buat sementara waktu aktiviti memasuki Gua Kelam sehingga diberitahu kelak.

"Walaubagaimanapun, penutupan itu tidak menjejaskan lokasi lain seperti aktiviti mandi manda, pameran galeri serta Rumah Cermin yang terus dibuka kepada pengunjung.

"Satu kajian lanjut akan diselaraskan bersama pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk menilai kawasan tebing bukit sekitar kawasan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam," ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku sejak 10 tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Sebanyak enam buah motosikal dihempap runtuhan batu di Gua Kelam, Pekan Kaki Bukit, Padang Besar pada Rabu. Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata, kejadian berlaku lebih kurang 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam satu yang juga merupakan tapak parkir motosikal orang awam. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #GuaKelam #Perlis #RuntuhanBatu #Motosikal

original sound - Sinar Harian