X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin serah borang pendaftaran Parti Bersatu

Muhyiddin ketika ditemui media di pekarangan pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Muhyiddin ketika ditemui media di pekarangan pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di sini.

Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.

Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!