X

Kindly register in order to view this article
!

Letak MCA tanda Umno tidak yakin menang

Rafizi Ramli
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa adalah 'terlalu berisiko' untuk kerajaan BN, meletakkan calon Umno , ekoran itu calon MCA menjadi pertaruhan parti itu di PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini. "...pada pandangan saya Umno fikir tidak boleh menang di Dun tersebut.  "...sebab itulah mereka meletakkan calon daripada MCA, kerana kalau Umno bertanding jugak ianya terlalu berisiko, sebab apa, sebab Umno seolah-olah akan merosakkan perpaduan dalam BN, oleh kerana itulah mereka fikir daripada kalah lebih baik menjaga hubungan yang sedia ada. Takut nanti sudahlah kalah rakan komponen BN pulak buat hal sebab ambil kerusi mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.  Sementara disoal mengenai pemilihan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang akan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK kali ini, Rafizi menjelaskan bahawa calon BN itu adalah calon yang terbaik. "...saya rasa  Mei Fun mempunyai rekod yang lebih baik berbanding dengan yang lain. "...sebab beliau pernah meletakkan jawatan semasa klip video Chua Soi Lek tersebar, sebab tidak bersetuju dengan etika perilaku Chua ketika itu. "...jadi saya harap PRK Dun Kajang ini menjadi medan terbaik untuk calon-calon mempamerkan sikap terpuji mereka, dan diharap Mei Fun tidak menggunakan isu serangan peribadi untuk menentang pesaingnya, nanti terpalit kepada dirinya pula," katanya.  PRK ini diadakan selepas bekas Adunnya, Lee Chin Cheh mengumumkan peletakan jawatan pada 27 Januari lalu.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus