X

Kindly register in order to view this article
!

'Kami akan beri sokongan semaksimum mungkin'

Lebih 2, 000 ahli Pemuda Pas Kawasan Marang menyatakan kesediaan menyertai Himpunan 355 pada 18 Februari ini.
Lebih 2, 000 ahli Pemuda Pas Kawasan Marang menyatakan kesediaan menyertai Himpunan 355 pada 18 Februari ini.
A
A

MARANG – Lebih 2,000 ahli Pemuda Pas Kawasan Marang di sini, sedia untuk menyertai Himpunan 355 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kawasan Marang, Mohd Aswadi Mohamad berkata, sokongan terhadap Pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang dibawakan Ahli Parlimen kawasan itu penting demi mengangkat martabat undang-undang syariah di Malaysia.

“Kita akan memberikan sokongan semaksimum yang boleh untuk menyertai Himpunan 355. Sebab itu, kita sasar lebih 2,000 Pemuda Pas dari kawasan Marang akan menyertai himpunan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Umno akan sertai Himpunan RUU 355 jika dijemput]

Mohd Aswadi berkata, Pemuda Pas Kawasan Marang juga baharu selesai menjayakan program Himpunan 1K Anak Muda Marang (H1KAM) di Rhu Muda di sini pada Jumaat malam dan berjaya menghimpunkan seramai lebih 2,000 ahli.

“Pemuda Pas terlibat sempena H1KAM adalah dari kawasan Marang. Sebab itu, kita jangka mereka akan turut memberi sokongan yang sama terhadap Himpunan 355 malah telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan itu,” katanya.    

H1KAM yang diadakan di Rhu Muda dirasmikan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu yang dijadual diadakan pada 18 Februari ini menimbulkan pelbagai respons di kalangan parti politik termasuk Umno yang dikatakan akan membincangkan penyertaan mereka dalam himpunan mega itu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!