Kelantan FC tarik diri saingan liga

Norizam Tukiman
Norizam Tukiman
A
A
A

KELAB bola sepak berpengaruh tanah air, Kelantan FC akhir menamatkan teki-teki status The Red Warriors (TRW) saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank Liga A1 Semi-Pro (Liga M3) apabila mengambil keputusan menarik diri kempen musim 2024.

Presiden TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman menjelaskan keputusan pengurusan tertinggi pasukan diambil setelah melakukan penilaian dan pertimbangan teliti mengenai hal tuju kelab dari pantai timur tersebut.

Menurutnya, TRW juga berterima kasih kepada Liga Bola Sepak Amatur (AFL) atas persetujuan dan penerimaan untuk kelab beraksi di Liga A1 Semi-Pro.

“Begitupun selepas kajian teliti, keutamaan pasukan ketika ini adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman seperti baki gaji pemain musim lalu yang masih tertunggak dengan segera sebelum TRW kembali menyertai saingan liga dengan lebih baik.

“Kelab juga mahu menyelesaikan kes-kes Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi membersihkan nama baik TRW.

“Pengurusan kelab percaya menyelesaikan kewajipan isu tunggakan gaji adalah penting sebelum menggerakkan sebarang usaha baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama Norizam turut memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekecewaan yang mungkin timbul kepada pihak AFL dan pihak berkepentingan.

“TRW juga memohon maaf kepada penyokong-penyokong TRW atas kegagalan pasukan beraksi baik dalam saingan Liga Super 2023 dan saingan musim baharu.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong setia TRW musim 2020, 2021, 2022 dan 2023, sokongan anda amat kami hargai.

"Pengurusan Kelantan FC komited menyelesaikan segala isu berbangkit dan akan kembali semula dalam saingan liga musim depan," katanya dalam satu kenyataan.

AFL sebelum ini memberi peluang kepada TRW mendaftarkan minimum 20 pemain sebelum tarikh perpindahan ditutup pada Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!