X

Kindly register in order to view this article
!

'Berhenti gesa Muhyiddin letak jawatan'

Johari Yazid
Johari Yazid
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Umno Cheras, kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berterusan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti itu supaya meletak jawatan.

Ketua Pemudanya, Johari Yazid berkata Umno merupakan sebuah parti berperlembagaan dan mempunyai moral, tertib serta nilai kepimpinan tersendiri.

"Seperti mana institusi kepimpinan Presiden yang sentiasa perlu dipertahankan, maka kepimpinan timbalan presiden, naib-naib presiden juga perlu dipertahankan dan dihormati.   

"Seperti mana akar umbi diminta bersabar untuk menunggu pemilihan parti yang dilanjutkan tempohnya, maka pihak-pihak terbabit juga hendaklah sabar menunggu pemilihan untuk menukar seorang timbalan.

"Sekiranya terdapat pembuktian yang jelas Muhyiddin melanggar etika sebagai seorang timbalan presiden dan ahli parti, maka ia perlu dibawa kepada jawatankuasa tatatertib disiplin parti," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, tindakan sesetengah pihak di dalam parti sendiri yang menjadikan media sebagai saluran untuk mendesak Muhyiddin meletak jawatan bukanlah satu langkah yang bijak.

"Ia langsung tidak membantu membina parti, sebaliknya lebih mengeruhkan keadaan dan mengundang lebih banyak perpecahan di kalangan ahli parti akar umbi.

"Begitu juga pelbagai kecaman dan kenyataan-kenyataan polos yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin dalam mendepani isu ini juga amat dikesali.

"Kenyataan itu bukan sahaja tidak membantu mengukuhkan kembali parti, ia juga tidak mencerminkan tauladan kepimpinan yang baik," katanya lagi.

Isu penolakkan Muhyiddin dalam Umno menjadi hangat kebelakangan ini, terdapat beberapa pemimpin Umno yang menggesa beliau meletakkan jawatan dalam parti selepas dilihat tidak membantu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkukuhkan parti itu.  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!