X

Kindly register in order to view this article
!

Jenazah Kadi Johor Bahru selamat dikebumikan

Tosrin (depan, kanan) mengaminkan doa sejurus jenazah Mohd Fahami selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin, Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian Kadi Johor Bahru, Mohd Fahami Abd Samad, 45, di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin di sini hari ini.

Lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan orang kenamaan hadir dalam majlis pengebumian tersebut. Bacaan talkin dipimpin Penasihat Majlis Agama Islan Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot.

Antara yang hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvantri dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Allahyarham meninggalkan isteri, Fauzi Norani Madzlan, 42, dan empat anak berusia 18, 16, 10 dan tiga tahun.

Jenazah Allahyarham yang tiba di kediaman keluarganya di Taman Mutiara Rini pada jam 5.30 pagi dari Rompin, Pahang disembahyangkan lebih 1,000 jemaah di Masjid Al- Jawahir Taman Mutiara Rini.

Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah di Masjid Al-Wahir Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru hari ini. (Gambar kecil: Amir Fuhaira)
Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah di Masjid Al-Wahir Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru hari ini. (Gambar kecil: Amir Fuhaira)

Mohd Fahami meninggal dunia dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin semalam.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Amir Fuhaira, 18, berkata, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan namun sentiasa memberi nasihat kepadanya sebagai anak tunggal lelaki agar bertanggungjawab menjaga keluarga.

Dia terkejut dengan pemergian ayahnya kerana baru bertemu pagi Jumaat lalu sebelum bertolak ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menyambung pengajian.

"Rasa terkejut, semasa terima panggilan daripada pakcik memaklumkan ayah sudah tiada dan meminta saya segera pulang menaiki kapal terbang. Ketika itu, saya berada di Terengganu.

"Saya dapat rasakan kerana sejak kebelakangan ini arwah selalu cakap Amir sudah besar boleh buat semua sendiri. Malah ketika ibu meminta ayah ke kedai untuk membeli barang, ayah akan minta saya yang pergi.

"Ayah seorang yang tegas, dia selalu pesan kepada kami supaya sentiasa utamakan ibu," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kadi daerah Johor Bahru maut semasa menyelam


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!