Jelajah Merdeka 4x4 bawa mesej kemerdekaan

Semangat menyambut kemerdekaan dikongsi Pemuda UMNO Hulu Selangor serta Gerakan Belia 4B Malaysia Hulu Selangor menerusi program Jelajah Merdeka 4x4 Hulu Selangor baru-baru ini.
Semangat menyambut kemerdekaan dikongsi Pemuda UMNO Hulu Selangor serta Gerakan Belia 4B Malaysia Hulu Selangor menerusi program Jelajah Merdeka 4x4 Hulu Selangor baru-baru ini.
A
A
A

HULU BERNAM - Pemuda UMNO Hulu Selangor bersama Gerakan Belia 4B Malaysia Hulu Selangor menganjurkan Jelajah Merdeka 4x4 Hulu Selangor sempena sambutan Hari Kemerdekaan baru- baru ini.

Pengarah program, Omar Al Khatab berkata, program jelajah seluruh daerah Hulu Selangor bertemakan Nikmat Dikongsi Bersama itu bertepatan dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.

"Penganjuran program itu bertujuan menyampaikan mesej kemerdekaan dengan menjelajah sekitar daerah Hulu Selangor.

"Di samping itu, kami turut menziarahi golongan yang memerlukan serta menghulurkan sedikit sumbangan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Mohd Syaril Rahim berkata, walaupun program berkenaan dirancang dalam masa yang singkat, namun objektif penganjuran dapat dicapai dan dinikmati bersama.

"Dalam program itu, kami turut berpeluang mendekati golongan muda dan bertanyakan khabar mereka," katanya.

Program Jelajah Merdeka 4x4 Hulu Selangor itu dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar.

Artikel Berkaitan:

Program turut diisi dengan ramah mesra bersama golongan muda.
Program turut diisi dengan ramah mesra bersama golongan muda.