Bercakap biar ada fakta

No Image Caption
A
A
A

SEORANG lagi orang politik malu sendiri akibat kenyataan tak bertanggungjawab. Ini kes membabitkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bernama Veveonah Mosibin yang videonya jadi viral oleh sebab nak cari capaian internet di atas pokok di kawasan pedalaman Pitas, Sabah untuk jawab soalan peperiksaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin beri tahu Dewan Negara bahawa perbuatan Veveonah tak lebih untuk menaikkan jumlah viewers untuk rancangan YouTubenya.

Ternyata bahawa Zahidi buat silap. Dia mengaku mendapat maklumat yang salah apabila beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin mengenai hal itu.

Zahidi patut akui memang ada jurang digital di Malaysia. Tak semua tempat ada capaian internet yang baik.

Tempat di mana Veveonah tinggal mungkin amat lemah capaiannya oleh sebab itu beliau terpaksa mencari kawasan yang lebih tinggi.

Sepatutnya Zahidi cari jalan bagaimana nak bantu penduduk di Pitas atau tempat-tempat lain yang berdepan dengan masalah serius capaian internet.

Dalam dunia hari ini sepatutnya hal ini dah lama selesai. Kementerian beliau ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang ada duit banyak untuk selesaikan masalah itu.

Sebaliknya Zahidi memilih untuk memalukan anak muda itu.

Artikel Berkaitan: