Burung ancam keselamatan pesawat di LTSM

Che Sulaiman Che Pa
Che Sulaiman Che Pa
A
A
A

KUALA NERUS - Pengurusan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) memandang serius risiko langgar burung oleh pesawat berikutan 9 kes telah direkodkan di ruang udara negeri ini sejak Januari hingga semalam.

Jumlah yang direkodkan itu juga turut melebihi had yang ditetapkan pihak pengurusan iaitu hanya 7 kes dalam tempoh setahun.

Pengurus Malaysia Airport Berhad, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Che Sulaiman Che Pa berkata, meskipun kes berkenaan tidak membabitkan kerosakan besar, namun ia tetap boleh mendatangkan risiko bahaya.

Katanya, bagi mengatasi masalah itu, masyarakat diminta untuk membantu mengawal burung-burung berkenaan di kawasan lapangan terbang dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: