Pertimbang hukuman penjara, sebat pihak cemar sungai

Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Mohd Fakhrulrazi
Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Mohd Fakhrulrazi
A
A
A

SHAH ALAM - Penambahan hukuman penjara dan sebat perlu dipertimbangkan untuk dikenakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan pencemaran sungai di sekitar Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, sebelum ini, cadangan hukuman lebih berat itu pernah diusulkan dalam Jawatankuasa Bekalan Air Mentah Selangor bagi membolehkan tindakan tegas dikenakan kepada pesalah terlibat.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor tidak akan berdiam diri dalam permasalahan tersebut dan tindakan perlu diambil sebagai amaran kepada pihak terlibat.

"Saya sendiri akan bentang isu ini dalam sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana hukuman denda sahaja tidak mencukupi. Jadi, kita harap DUN Selangor akan luluskan supaya hukuman penjara dan sebat turut dikenakan kepada pesalah terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air: Pencemaran masih dikesan di muka sauk

1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

"Bagi saya, tiada lagi kompromi kerana tindakan itu mencemarkan imej kerajaan negeri," katanya menerusi lintas langsung di laman Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat bermula 10 pagi semalam.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohd Fakhrulrazi berkata, beliau mendapat maklumat kejadian pada kali ini dipercayai didalangi oleh pihak sama yang terlibat dengan isu pencemaran sebelum ini.

"Jadi saya harap kali ini pihak berkuasa dapat kenakan tindakan maksimum kepada pesalah terlibat," katanya.