X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO tidak pernah berhasrat masuk Sarawak

Ahmad Zahid
A
A

SHAH ALAM - UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat memasuki Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana parti itu meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap parti-parti tempatan di negeri tersebut.

Menurutnya, keputusan itu juga telah dimuktamadkan.

"UMNO yakin dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sementelahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN.

"UMNO doakan GPS akan terus membentuk kerajaan negeri bila Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan kelak," katanya di Twitter hari ini.

Terdahulu, Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang juga Ketua Menteri Sarawak dalam satu acara di Kuching semalam, menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan UMNO masuk ke Sarawak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!