X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Celcom tawar pakej GEMILANG

Celcom memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note20 5G pada harga 63 sen.
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 dengan menawarkan tawaran eksklusif 63MILANG (GEMILANG) dan mengajak rakyat Malaysia mencorak pelitup muka yang unik melalui kempen ‘Mereka Merdeka’ Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, tawaran 63MILANG Celcom yang eksklusif melalui aplikasi Celcom Life, memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note20 5G pada harga 63 sen dan menawarkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 63GB percuma sehingga tiga hari untuk pelanggan prabayar Celcom Xpax.

Selain itu, katanya, pelan pascabayar keluarga Celcom MEGA menawarkan fleksibiliti pilihan untuk ‘Mix & Match’ mana-mana dua model telefon pintar secara percuma dengan pelan pascabayar mereka.

“Sokongan rangkaian dan teknologi melalui kerjasama kempen ‘Mereka Merdeka’ yang dijalin antara Celcom dengan Earth Heir dapat menyatukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghasilkan rekaan pelitup muka, sekali gus menjana pendapatan.

“Pelitup muka yang terpilih akan dihasilkan dan dijual dalam pasaran tempatan dan hasil penjualan pelitup muka akan disalurkan terus kepada pereka pelitup muka tersebut,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tawaran 63MILANG Celcom, sila layari www.celcom.com.my/personal/merdeka-2020/gemilang-deals sementara maklumat mengenai kempen ‘Mereka Merdeka’ Celcom boleh didapati di https://www.celcom.com.my/personal/merdeka-2020/mereka-merdeka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!