Guardian tawar hadiah RM50,000

David poster promosi HBA 2020 pada Majlis Pelancaran anugerah berkenaan di ibu negara kelmarin.
David poster promosi HBA 2020 pada Majlis Pelancaran anugerah berkenaan di ibu negara kelmarin.
A
A
A

PENERAJU farmasi kesihatan dan kecantikan, Guardian Health and Beauty (Guardian) menawarkan hadiah sehingga RM50,000 untuk dimenangi menerusi Health Beauty Award 2020 (HBA2020).

Pengurus Pemasaran Guardian Malaysia, David Wong berkata, HBA2020 yang dahulunya dikenali sebagai Most Voted Brand Award memberi peluang kepada lebih tiga juta pelanggan untuk mengundi jenama kegemaran mereka, sekali gus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Menurutnya, undian bagi peraduan HBA2020 bermula kelmarin dan berakhir pada 30 September depan.

“Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan memberi kuasa kepada mereka untuk memilih produk kecantikan dan kesihatan terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian.

“Menerusi HBA2020, hubungan baik Guardian dengan pelanggan juga dapat dijalinkan dengan mengambil kira serta memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku pengguna yang sentiasa berubah,” katanya pada majlis pelancaran HBA2020 di Kuala Lumpur kelmarin.

David berkata, beliau percaya AHB2020 adalah antara anugerah paling berprestij dan definitif di pasaran dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori terlibat.

Katanya, undian yang diambil secara keseluruhan itu akan memberikan gambaran adil terhadap jenama paling disukai dan menawan, sekali gus memberi impak tersendiri kepada pelanggan serta industri.

Menurutnya, enam kategori dipertandingkan tahun ini antaranya ialah Jenama Baharu Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.

Artikel Berkaitan:

David berkata, proses undian akan dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian dan tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan serta pelanggan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dimahukan.

Setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di stor dalam talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penuh peraduan serta undian, layari hba2020.guardian.com.my.