Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin. Foto hiasan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia dibuka tinggi hari ini, meneruskan kenaikan, seiring dengan negara serantaunya, mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh Wall Street semalaman dalam persekitaran pendapatan korporat yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.92 mata lebih tinggi kepada 1,583.58.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 182 berbanding 167, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,686 kaunter tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.42 juta unit bernilai RM105.10 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street meneruskan aliran menaik dirangsang oleh laporan pendapatan korporat yang kukuh dengan Tesla menjadi faktor utama selepas ia melepasi halangan pertama untuk teknologi pemanduan kendiri sepenuhnya di China.

Bagaimanapun, perubahan antara saham-saham teknologi adalah ketara dengan pendapatan McDonald, Coke dan Amazon masih belum diumumkan.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) naik 146 mata manakala Nasdaq meningkat 55 mata apabila hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.612 peratus, katanya.

Artikel Berkaitan:

Di Hong Kong, beliau berkata Indeks Hang Seng naik 96 mata, peningkatan hampir 19 peratus daripada paras terendah tahunan setakat ini pada pertengahan Januari, pemulihan pasaran sebahagian besarnya adalah disebabkan langkah baharu China untuk meningkatkan sentimen serta pendapatan korporat yang bertambah baik.

"Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi setakat ini yang disokong oleh pembelian berasaskan saham mewah namun saham perbankan bukan menjadi pilihan.

"Kami percaya ini menawarkan peluang yang baik untuk membeli beberapa saham perbankan kerana minat akan kembali kepada sektor itu. Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,580-1,590,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM9.77, CIMB melonjak tujuh sen kepada RM6.68, dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.38, manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.17 dan Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM11.88.

Bagi saham aktif, MKH Oil Palm naik 2.5 sen kepada 64.5 sen, Cypark melonjak sembilan sen kepada RM1.03, dan KGW Group menambah dua sen kepada 21 sen.

Harvest Miracle dan Ekovest masing-masing tidak berubah pada 11.5 sen dan 44.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 13.89 mata kepada 11,014.91; Indeks FBMT 100 menambah 11.81 mata kepada 11,547.07; Indeks FBM 70 jatuh 20.93 mata kepada 16,580.56; Indeks FBM ACE merosot 0.11 mata kepada 5,091.99 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 8.27 mata kepada 12,076.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 45.51 mata kepada 17,318.91; Indeks Tenaga turun 2.81 mata kepada 972.58; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 188.77 manakala Indeks Perladangan merosot 29.88 mata kepada 7,429.39. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!