Guardian tawar hadiah bernilai RM150,000

Poster Anugerah Guardian 2023.
Poster Anugerah Guardian 2023.
A
A
A

SHAH ALAM – Guardian Malaysia (Guardian) menerusi Anugerah Guardian 2023 menawarkan hadiah hebat bernilai lebih RM150,000 untuk dimenangi oleh pengundi anugerah berprestij itu.

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, pada tahun tahun ini, sebanyak 200 jenama mengambil bahagian dengan lebih 400 produk bersaing untuk merebut anugerah dalam empat kategori utama.

Menurutnya, empat kategori yang dipertandingkan ialah penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan penjagaan diri dengan 96 sub-kategori.

“Anugerah Guardian 2023 yang mengambil kira keluasan produk, jenama dan kategori yang terlibat.

Ia menyediakan gambaran bebas dan adil terhadap jenama yang memberi impak kepada pelanggan kami.

“Jenama yang terlibat juga akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang jenama pilihan pelanggan

“Pelanggan kami adalah pakar dalam menentukan produk dan jenama kesihatan dan kecantikan yang berkesan untuk mereka dan lebih penting lagi, nilai yang mereka perolehi daripada pembelian mereka di Guardian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kami memberi suara kepada pelanggan untuk memilih jenama kesihatan dan kecantikan terbaik yang ditawarkan di semua stor kami menerusi sudut pandang mereka sendiri yang tidak berat sebelah,” tambah Angela.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah percuma, tiada pembelian diperlukan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang memiliki alamat emel serta akaun Facebook atau Google yang sah.

Pengundi dikehendaki untuk mengundi sekurang-kurangnya tiga subkategori untuk mendapatkan token untuk bermain mesin claw, dan peluang untuk menyertai Cabutan Bertuah bagi memenangi Hadiah Utama.

Undian dibuka bermula pertangah Julai lalu hingga 2 Ogos 2023 dan semua undian dikendalikan secara maya.

Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards2023.guardian.com.my/ dan mula mengundi.

Semua pelanggan yang mengundi berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 15,185 hadiah yang bernilai lebih RM150,000, termasuk hadiah utama berupa Sony PlayStation 5 Disc Edition bernilai RM2,499.