Program kacau bubur asyura himpunkan perantau Kelantan

Program Bekwoh Sugho Anok Kelate 2020 akan berlangsung di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, Sabtu ini.
Program Bekwoh Sugho Anok Kelate 2020 akan berlangsung di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, Sabtu ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 30 kawah bubur asyura akan dimasak dan diagihkan kepada orang ramai yang hadir sempena program Bekwoh Sugho Anok Kelate 2020 pada Sabtu ini.

Setiausaha program, Mohd Fadzil Fairus Guriaman berkata, program bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang di pekarangan Kumpulan Karangkraf di sini bakal menghimpunkan gabungan 40 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anak-anak Kelantan di Lembah Klang.

“Program julung kali bertemakan kesatuan dan hijrah. Ia bertujuan menggabungkan dan mengeratkan silaturahim seluruh NGO dan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di bawah satu bumbung tanpa mengira kedudukan serta perbezaan fahaman politik.

“Melalui kerjasama dengan pihak Karangkraf juga, program ini akan menjadi titik permulaan anak-anak Kelantan berkumpul di sini untuk melaksanakan apa-apa program termasuk kesenian dan kebudayaan tradisional negeri Kelantan,” katanya hari ini.

Mohd Fadzil
Mohd Fadzil

Mohd Fadzil Fairus berkata, selain program memasak dan mengagihkan bubur asyura, beberapa program lain turut diatur; antaranya persembahan muzik tradisional dan dikir barat daripada Gabungan Pendikir Lembah Klang.

Program tersebut turut mendapat tajaan dan kerjasama daripada beberapa buah syarikat antaranya Empire Glam, Kijang Gold, Mofaz dan Yakult.

“Seluruh warga Lembah Klang dialu-alukan untuk hadir ke program ini, namun mereka diwajibkan patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) normal baharu sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Pemakaian pelitup muka adalah wajib pada semua orang yang hadir dan pengambilan suhu akan direkodkan,” katanya.