Kes conteng mural: Polis sahkan tiga wanita sudah dibebaskan

Laporan Sinar Harian berkaitan kes menconteng mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes menconteng mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan sudah merekod keterangan tiga wanita bagi membantu siasatan kes conteng mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, keterangan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu yang pada mulanya disyaki terlibat dalam kes terbabit diambil tiga minggu lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun ketiga-tiga wanita warga tempatan itu dibebaskan kerana tiada bukti kukuh mereka terlibat dalam kes berkenaan.

"Selepas menemuduga mereka, kita mendapati mereka mempunyai alibi yang kukuh dan tidak boleh mensabitkan mereka dengan jenayah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kejadian conteng mural Agong, wira negara

Tak sangka wanita conteng mural

"Kesemua wanita terbabit telah dibebaskan," katanya pada sidang akhbar selepas Program Neighbourhood Watch Polis Selangor Siri 2/2020 di SEERS Berhad, di U5 Shah Alam di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Noor Azam (dua dari kiri) merasmikan Program Neighbourhood Watch Polis Selangor Siri 2/2020 di SEERS Berhad di U5 Shah Alam hari ini.
Noor Azam (dua dari kiri) merasmikan Program Neighbourhood Watch Polis Selangor Siri 2/2020 di SEERS Berhad di U5 Shah Alam hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengarah SEERS Berhad, Datuk Ken Foo Kwok Hsing serta pegawai-pegawai kanan Polis Selangor.

Beliau berkata, polis masih lagi berusaha dan terus bekerjasama dengan pihak Bukit Aman dari segi teknikal untuk mengenal pasti pelaku yang terlibat dalam kes berkenaan.

Pada 20 Julai lepas, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat dua wanita dipercayai dalang merosakkan mural berkenaan tular di media sosial.

Susulan perbuatan vandalisme itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil tindakan memadamkan semua mural dengan mengecat semula dinding itu.

Susulan itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil menyalurkannya kepada pihak polis.