Jepun mungkin tawar suntikan vaksin Covid-19 percuma

Vaksin akan dibeli menggunakan dana simpanan untuk tahun fiskal semasa hingga Mac 2021.
Vaksin akan dibeli menggunakan dana simpanan untuk tahun fiskal semasa hingga Mac 2021.
A
A
A

TOKYO - Kerajaan Jepun mungkin menawarkan suntikan vaksin koronavirus (Covid-19) secara percuma kepada semua penduduk dalam usaha mengurangkan kadar kematian dan jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital, memetik sumber pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Pada mesyuarat minggu lalu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan kerajaan memberi jaminan bekalan vaksin untuk separuh pertama tahun 2021 adalah mencukupi untuk semua rakyat.

Vaksin akan dibeli menggunakan dana simpanan untuk tahun fiskal semasa hingga Mac 2021.

Awal bulan ini, kerajaan bersetuju dengan syarikat pengedar ubat Britain, AstraZeneca Plc untuk menerima 120 juta dos vaksin Covid-19 yang dibangunkan dengan Universiti Oxford.

Mesyuarat berkenaan turut memutuskan mengenai langkah-langkah baharu memerangi virus maut itu, sebagai persediaan awal mengekang penularan wabak influenza pada musim sejuk dan kemungkinan gelombang kedua jangkitan. - Bernama

Artikel Berkaitan: