Rais perlu letak jawatan dalam politik: Senator pembangkang

Chin Tong (duduk,kanan) ketika sidang media Senator pembangkang di Parlimen hari ini.
Chin Tong (duduk,kanan) ketika sidang media Senator pembangkang di Parlimen hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil Senator blok pembangkang hari ini menggesa Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim meletak semua jawatan dalam politik jika ingin mengurangkan mesej politik dibawa ke persidangan itu.

Liew Chin Tong (PH) berkata, Rais yang juga pemimpin parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu berbuat demikian bagi membuktikan beliau bersifat neutral.

"Saya alu-alukan ucapan Tan Sri Rais bahawa beliau hendak kurangkan mesej politik dalam persidangan (Dewan Negara).

"(Jadi), kami cadangkan bahawa Tan Sri Rais meletak jawatan daripada parti supaya beliau dapat menjadi Speaker tanpa jawatan parti seperti Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof semasa beliau jadi Speaker Dewan Rakyat.

"Saya harap ini boleh jadi sebahagian daripada normal baharu dan saya harap Tan Sri Rais mengambil peluang ini untuk menjadikan Dewan Negara satu contoh kepada generasi akan datang," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketepikan perbezaan politik: Rais

Terdahulu, Rais dalam ucapan sulungnya sebaik mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Negara mengggesa semua Senator untuk mengenepikan perbezaan politik.

Katanya, langkah itu perlu bagi memelihara kesucian Dewan Negara.

Artikel Berkaitan: