X

Kindly register in order to view this article
!

Ketepikan perbezaan politik: Rais

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim ketika sidang media selepas Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Dewan Negara, Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Semua Senator Dewan Negara diingatkan mengetepikan perbezaan politik bagi memelihara kesucian dewan tersebut.

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, negara lebih penting berbanding kepentingan politik tertentu.

"Dalam 63 tahun yang lampau, setiap kali Yang Amat Berhormat yang berleluasa mengemukakan calonnya dan tiada cacat cela dan tiada bantahan kecuali hari ini. Jika sedemikian pandangan kita bukan bermakna kita tidak bersatu.

“Dan jika demikian bukan bermakna kita tidak menuju kepada perjuangan yang ulung.

"Justeru, mengembalikan pandangan kita kepada Perlembagaan sumpah taat setia ialah tanggungjawab bersama sebagai ahli berhormat Senator," katanya dalam ucapan sulung sebaik dilantik Speaker Dewan Negara di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rais Yatim dilantik Speaker Dewan Negara baharu

Mengulas lanjut, Rais berkata, peluang ketika berada di Dewan Negara perlu dimanfaatkan untuk membahaskan perkara penting dengan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Sidang Dewan Negara hari ini kecoh seketika apabila beberapa Senator daripada blok pembangkang membantah pencalonan Rais sebagai Speaker Dewan Negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!