Warga Pakistan minta bantuan cari anak perempuan hilang

Jamil (tengah) menunjukkan gambar anaknya yang diedarkan di tempat awam bersama anggota Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini.Gambar kecil: Aisha
Jamil (tengah) menunjukkan gambar anaknya yang diedarkan di tempat awam bersama anggota Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini.Gambar kecil: Aisha
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga Pakistan mencari anak perempuannya yang hilang sejak lebih dua bulan lalu.

Jamil Muhammad, 56, berkata, anaknya, Aisha berusia 19 tahun itu dipercayai keluar bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Abneer.

Menurutnya, kali terakhir anaknya itu dilihat berada di kondominium yang disewanya Jalan Cempaka 6, Ampang sekitar Jun lalu.

"Ketika keluar dari rumah, Aisha ada membawa bersama wang tunai RM15,000 dan barang kemas miliknya.

“Saya harap mereka yang tahu di mana Aisha boleh menghubungi saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Jamil berkata, tiga laporan polis juga telah dibuat sejak Jun lalu berkenaan kehilangan anaknya itu.

“Saya difahamkan beberapa rakan Aisha sudah dipanggil polis untuk membantu siasatan. Saya yakin Aisha masih berada di sekitar Kuala Lumpur atau pun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil turut menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat hingga Aisha berjaya ditemui semula.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Aisha boleh menghubungi Jamil di talian 016-6580706 atau Suhal 011-302288819.