Warga SMK Tengku Afzan jayakan Malaysia #QuranHour

Haniliza (depan, kiri) bersama guru dan pelajar bersama-sama menjayakan Malaysia #QuranHour peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan Afzan, SMK Tengku Afzan, Kuantan hari ini.
Haniliza (depan, kiri) bersama guru dan pelajar bersama-sama menjayakan Malaysia #QuranHour peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan Afzan, SMK Tengku Afzan, Kuantan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan, di sini mengambil bahagian menjayakan Malaysia #QuranHour hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Afzan sekolah itu disertai guru, pentadbir dan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Selain mengikuti Malaysia #QuranHour yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah bermula jam 12 hingga 1 tengah hari, peserta turut bersama-sama membaca Surah Al-Furqan ayat 63 hingga 77 dipimpin guru, Mohd Rozamli Mohd Rozak.

Mohd Rozamli yang juga Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Pahang turut mentadabbur pengertian di sebalik ayat-ayat itu.

“Kita memberi penekanan kepada 11 ciri Ibadurrahman yang terkandung dalam ayat-ayat ini untuk dihayati peserta khususnya pelajar.

“Sebelum mengikuti siaran Malaysia #QuranHour yang disiarkan secara langsung, kita telah berkongsi cerita bersama para peserta berhubung program Jelajah Ambang Malaysia #QuranHour yang diadakan semalam dan selepas itu kita sama-sama membaca dan mentadabbur Surah Al-Furqan,” katanya.

Mohd Rozamli (depan, kiri) bersama guru dan pelajar yang menyertai Malaysia #QuranHour peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan Afzan, SMK Tengku Afzan, Kuantan hari ini.
Mohd Rozamli (depan, kiri) bersama guru dan pelajar yang menyertai Malaysia #QuranHour peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan Afzan, SMK Tengku Afzan, Kuantan hari ini.

Sementara itu, Pengetua SMK Tengku Afzan, Haniliza Sulaiman berkata, walaupun sambutan Malaysia #QuranHour di peringkat sekolah itu agak berbeza berbanding penganjuran untuk tahun sebelumnya, beliau tetap gembira apabila dapat bersama-sama berinteraksi dengan al-Quran melalui program itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihak sekolah tetap melaksanakan majlis mengikut kesesuaian prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengehadkan bilangan peserta apabila memilih pelajar yang tinggal di asrama sahaja.

“Ini sebahagian inisiatif sekolah sempena ambang Hari Kemerdekaan dan paling penting pengisiannya amat bermanfaat.

“Sekurang-kurangnya pengertian di sebalik ayat-ayat yang dibacakan terutama ciri ibadurrahman yang terkandung di dalamnya dapat dihayati dan diterap dalam diri pelajar untuk mereka praktikkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Haniliza Sulaiman
Haniliza Sulaiman