Eskayvie bantu orang ramai jana pendapatan

Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil turut hadir memeriahkan majlis.
Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil turut hadir memeriahkan majlis.
A
A
A

SHAH ALAM - Eskayvie menempa sejarah tersendiri dalam sistem perniagaan berasaskan digital apabila melancarkan Eskayvie Nexus bagi memenuhi permintaan pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, Eskayvie Nexus adalah sebuah platform sehenti yang memberi peluang kepada pengguna serta usahawan untuk menceburi bidang jualan dan menjana pendapatan tanpa modal.

"Ketika ini ramai yang hilang pekerjaan dan ada di antara mereka yang sebelum ini berniaga juga tiada punca pendapatan.

"Jadi atas sebab itu, Eskayvie membuka peluang baharu kepada orang ramai untuk bersama-sama menambah pendapatan dengan menceburi bidang jualan dan menjana pendapatan tanpa modal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Eskayvie Nexus dan Eskayvie Reverse Capsule di Hotel Acapella di sini hari ini.

Beberapa stokis turut diberi penghargaan atas peningkatan jualan sempena Majlis Pelancaran Eskayvie Nexus dan Eskayvie Reverse Capsule di Hotel Acapella hari ini.
Beberapa stokis turut diberi penghargaan atas peningkatan jualan sempena Majlis Pelancaran Eskayvie Nexus dan Eskayvie Reverse Capsule di Hotel Acapella hari ini.

Menurutnya, portal keusahawanan Akademi Eskayvie (​www.akademieskayvie.com​) yang menjadi pelengkap kepada Eskayvie Nexus boleh dicapai secara dalam talian sepanjang masa.

"Website percuma turut diberikan bagi membantu usahawan Eskayvie Nexus untuk mencapai kejayaan melalui modul latihan 'online' dan 'offline' yang komprehensif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Eskayvie Nexus bakal menentukan hala tuju Eskayvie di masa depan.

"Eskayvie Nexus dijangka akan memberi impak besar bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada rakyat negara ini.

"Orang ramai disarankan untuk memanfaatkan peluang keemasan ini dengan menyertai Eskayvie Nexus," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (kiri) bersama Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menunjukkan produk baharu iaitu Reverse Capsule 340mg.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (kiri) bersama Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menunjukkan produk baharu iaitu Reverse Capsule 340mg.

Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan pelancaran produk baharu iaitu Reverse Capsule 340mg.

Mengulas mengenai produk ini, Dr Syid Ayob berkata produk ‘Jamu Moden’ ini menjadi solusi kepada keanggunan wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran.

"Reverse Capsule dirumus khas untuk wanita yang mudah letih, tidak bertenaga, haid yang tidak teratur, kulit mula berkedut dan kusam, keinginan seksual menurun dan sering dilanda stres.

"Ia mengandungi 100 peratus bahan semula jadi dan khasiat herba tradisional yang digunakan secara turun temurun," katanya,

Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.

Turut hadir menyempurnakan majlis adalah Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.