Indonesia catat lebih 3,000 kes positif dua hari berturut

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 3,308 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 169,195 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, lapor Tribun News.

Penambahan lebih dari 3,000 kes hari ini menyebabkan Indonesia mencatatkan penambahan harian pesakit positif Covid-19, lebih 3,000 kes dua hari berturut.

Semalam, rekod tertinggi bagi positif Covid-19, berjumlah 3,003 kes.

Bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga jam 12 tengah hari hari ini, sebanyak 92 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban di republik itu meningkat kepada 7,261 orang.

Bagaimanapun ada berita gembira selepas 1,902 orang pesakit sembuh daripada jangkitan ini hari ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih seramai 122,802 berbanding sebelumnya seramai 120,900 pesakit.

Ketika ini, provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif tertinggi diikuti, Jakarta, Sulawesi Selatan, Jawa Tengah, Jawa Barat dan Kalimantan Selatan serta selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Artikel Berkaitan: