Peletakan jawatan Abe mengejutkan banyak pihak

Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri ketika itu) mengadakan perbincangan dua hala dengan Shinzo Abe (dua dari kanan) ketika menghadiri Persidangan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kali ketiga mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Sendai, Jepun pada 16 Mac 2015 -Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Peletakan jawatan Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun semalam berikutan masalah kesihatan telah mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Abe dikenali kerana wawasannya yang terkehadapan selain peranannya dalam meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun.

Menurut Muhyiddin, sepanjang pentadbiran rakan sejawatannya itu hubungan kedua-dua negara bukan sahaja bertambah erat bahkan turut meneroka banyak peluang kerjasama baharu.

"Hubungan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Jepun juga mencatat banyak pencapaian bermakna di bawah kepimpinan beliau.

"Saya mewakili rakyat Malaysia, mendoakan agar kesihatan beliau kembali pulih," kata Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, Abe mengumumkan peletakan jawatannya hari ini berikutan menghadapi masalah kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Abe pada sidang akhbarnya berkata, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.

Beliau juga memaklumkan akan menjalani rawatan untuk tempoh yang panjang pada kali ini.

Artikel Berkaitan: