Empat lokasi My #QuranTime di Pahang

Sebahagian jemaah yang mengikuti My#QuranTime pada sesi kuliah subuh di Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh.
Sebahagian jemaah yang mengikuti My#QuranTime pada sesi kuliah subuh di Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh.
A
A
A

KUANTAN - Masjid Saidina Umar al Khattab, Taman Cenderawasih di sini antara empat lokasi My #QuranTime sempena Program Jelajah Ambang Malaysia #QuranHour yang diadakan di negeri ini bermula semalam dan hari ini.

Program anjuran Sekretariat Rumah Ngaji Negeri Pahang itu diadakan sempena kempen Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung esok.

Penyelaras Rumah Ngaji Pahang, Mohd Rozamli Mohd Rozak berkata, program jelajah itu istimewa apabila orang ramai berpeluang mengikuti bacaan dan tadabbur surah al-Furqan ayat 63 hingga 77 yang disampaikan qari My #QuranTime TV Alhijrah, Ahmad Tarmizie Abd Rahman.

Menurutnya, pentadabbur pula, Fazrul Ismail juga dari program My #QuranTime.

Sesi My#QuranTime bersama para huffaz di MTNP di sini.
Sesi My#QuranTime bersama para huffaz di MTNP di sini.

"Sebelum ini bacaan dan tadabbur mereka hanya dapat disaksikan di kaca televisyen tapi kali ini kita bawa mereka secara langsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program itu di Masjid Saidina Umar al Khattab, Taman Cenderawasih pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Rumah Ngaji Pahang, Md Abdu Sahak.

Artikel Berkaitan:

Mohd Rozamli berkata, melalui jelajah ini pihak sekretariat mengatur sesi My #QuranTime melalui slot kuliah Maghrib di Masjid Al Mutaqqin Sempam Baru, Raub semalam.

"Program diteruskan dengan kuliah Subuh di Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh diikuti Masjid Saidina Umar al Khattab,Taman Cenderawasih ini untuk kuliah Dhuha sebelum berakhir di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) melalui kuliah sebelum Zohor hari ini," katanya.

Beliau berkata, jelajah untuk Malaysia #QuranHour itu bagi mempromosi ciri-ciri 'Ibadurrahman' yang terkandung dalam ayat 63 hingga 77 surah al Furqan.

"Pada masa sama, program ini juga sebagai platform untuk bertemu dengan jemaah yang sentiasa komited dengan program My #QuranTime.

"Ini antara harapan kami supaya apa yang disasarkan untuk tahun ini iaitu 12 ciri Ibadurrahman itu dapat digerakkan melalui Malaysia #QuranHour sempena Hari Kemerdekaan kali ini," katanya.

Tambahnya, paling penting usaha ini bagi menggalakkan umat Islam sentiasa berinteraksi dengan al-Quran.

Mohd Rozamli (depan, empat dari kiri), Ahmad Tarmizie (depan, dua dari kanan) dan Fazrul (empat dari kanan) bersama sebahagian jemaah yang mengikuti program My#QuranTime di Masjid Saidina Umar al Khattab,Taman Cenderawasih.
Mohd Rozamli (depan, empat dari kiri), Ahmad Tarmizie (depan, dua dari kanan) dan Fazrul (empat dari kanan) bersama sebahagian jemaah yang mengikuti program My#QuranTime di Masjid Saidina Umar al Khattab,Taman Cenderawasih.