X

Kindly register in order to view this article
!

Bersikap baiklah terhadap pesakit Covid-19!

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ketika tersebarnya berita virus koronavirus (Covid-19) dari jenis yang 10 kali ganda lebih mudah menjangkiti individu lain di Malaysia, orang ramai dikejutkan pula dengan kes terbesar dua pesalah kesihatan awam di negara ini hingga menjadi tumpuan pihak 'schadenfreude' dalam media sosial.

Kesalahan mereka? kerana melanggar perintah kuarantin mandatori setelah kembali dari luar negara, apabila terbukti positif Covid-19. Seorang daripada mereka telah menjangkiti virus itu kepada keluarga, pekerja, rakan dan pelanggannya, yang seterusnya menjangkiti pula yang lain.

Meskipun sabitan Nezar Mohamed Sabur Batcha, pemilik restoran dan pencetus kelompok Sivagangga, serta Nur Emah Mohamad Hashim, "mak cik" dengan gelang kuarantin merah jambu, mungkin hanya kelihatan seolah-olah bibit permulaan - namun kecaman sosial ke atas kedua-dua mereka ini adalah perkara terakhir yang diperlukan oleh Malaysia.

Ketika Malaysia giat mempertingkatkan usaha untuk melawan virus jenis D614G pada masa ini, usaha menjalani ujian dan kesediaan untuk diuji menjadi lebih penting bagi memastikan kita berjaya mengawal jangkitan tanpa kehilangan kemajuan yang telah kita capai dengan susah payahnya.

Para pakar berpandangan bahawa bagi menggerakkan seseorang tampil secara sukarela untuk diuji SARS-Cov-2, virus yang menyebabkan Covid-19, ia sememangnya berhadapan dengan pelbagai ragam. Ada yang akan melaksanakan tanggunjawab untuk diuji.

Yang lain pula akan menolak. Namun terdapat juga golongan yang duduk di tengah-tengah kerana cukup bimbang untuk mendapatkan rawatan secara tertutup tetapi tidak pula begitu bimbang untuk menghubungi pihak berkuasa.

Lontarkan jauh-jauh semua stigma sosial dan kecaman hina dalam talian kerana anda tetap akan merasa ragu-ragu walaupun berada dalam kalangan mereka yang tinggi fikiran siviknya.

Kes Nezar dan Nur Emah yang dihebahkan secara meluas telah menjadi kisah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang masyarakat dan undang-undang sebenar, dan pelakunya telahpun menerima keputusan hukuman dalam masa yang cukup pantas.

Walaupun anda mungkin berpendapat bahawa kedua-duanya memang sepatutnya menerima kecaman sosial setelah melanggari perintah kuarantin semasa wabak itu yang turut menyaksikan lumpuhnya ekonomi global, berjuta-juta orang kehilangan pekerjaan, dan menjadikan setiap orang sebagai tahanan maya, namun ia akhirnya adalah ketewasan diri sendiri sebagai pencegah.

Pertimbangan masyarakat tidak akan membiarkan sesiapa juga dengan sewenang-wenangnya mencabuli peraturan kesihatan awam. Dan lebih teruk lagi, hukuman sosial tidak terhenti kepada mereka yang melanggar undang-undang berkenaan. Malahan, ia akan melimpah kepada sesiapa sahaja yang menghidap Covid-19 termasuk yang berkaitan secara tangen.

Di India, ketakutan terhadap kuarantin telah memperlambat proses ujian saringan dan meningkatkan penularan Covid-19. Seorang suri rumah dan anak-anaknya cuba untuk membunuh diri setelah suaminya meninggal dunia kerana Covid-19. Di Ireland, kontek rapat enggan menjalani saringan ujian kerana takut dihina.

Organisasi kesihatan telah memperingatkan bahawa stigma juga akan mendorong orang untuk menyembunyikan gejala mereka. Di Malaysia, beberapa kes Covid-19 hanya dikesan setelah mereka mati setibanya di hospital. Pada masa itu, ahli keluarga dan penjaga mereka juga telah dijangkiti.

Sesiapa yang terkena virus ini memang mengetahui dengan sebenarnya bagaimana seseorang dirawat setelah mereka didapati positif. Ketika Hisyamuddin Musni, seorang ahli fisioterapi di rumah orang tua di Kuala Selangor, didapati positif Covid-19 pada bulan Jun lepas, perkara yang paling utama bermain dalam fikirannya adalah kemungkinan berlakunya stigma. Cara bagaimana orang di kampungnya melayani beliau dan ibunya setelah mereka keluar dari hospital memang mengesahkan tanggapannya itu.

"(Pengalaman) ini benar-benar menunjukkan siapa yang sebenarnya adalah kawan anda," katanya kepada penulis.

Stigma ini tidak hanya mempengaruhi orang yang disahkan positif, tetapi juga mempengaruhi tindakan untuk tampil melakukan ujian saringan. Apabila seseorang itu bertindak dengan penuh tanggungjawab dan menjalani ujian saringan, mereka akan disalahkan juga kerana menyebarkan penyakit itu sekiranya disahkan telah dijangkiti. Dan jika tidak, mereka diperlakukan seperti pesakit kusta pada waktu antara ujian pertama dan ujian kedua.

Rakan yang saya anggap sebagai kenalan paling bertanggungjawab, tidak sangka pula beliau merasa takut pada bulan-bulan awal Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) kerana telah berkunjung ke pasar basah Kuala Lumpur pada masa yang tidak sesuai.

Sebelum beliau mendapat keputusan negatif, keluarganya sendiri menjauhi beliau secara fizikal, yang kalau diikutkan bagi beliau ia sebenarnya tindakan yang terbaik. Tetapi bukan setakad itu sahaja, keluarganya turut menghalau beliau setiap kali melihatnya dan menuduhnya membunuh orang tuanya yang sudah berumur.

Beliau berkata, mereka mungkin hanya bergurau, namun secara peribadi masih sukar untuk tidak terasa dengan tindakan mereka itu.

Dr Kelvin Yii, ahli Parlimen Kuching, Sarawak, yang positif pada bulan Mac, menceritakan reaksi yang diterimanya setelah tampil dengan status "toksid".

Beliau berkata, sebilangan kecil mereka dalam kumpulan sokongannya mengaku bahawa mereka menyesal tampil untuk menjalani ujian saringan. Seorang daripada mereka adalah pekerja kesihatan yang dipersalahkan oleh rakan-rakannya kerana membuatkan mereka menjalani ujian sebagai sebahagian daripada usaha mengesan kontek. Nampaknya ramai, bahkan pekerja kesihatan, lebih suka kejahilan yang membahagiakan daripada kebenaran yang tidak selesa.

“Ini adalah antara sebab stigma sangat tidak membantu dalam situasi ini. Kita sebenarnya harus meraikan orang yang bersedia untuk diuji dan bukannya mengutuk mereka,” katanya.

Jadi bagaimana kita menyingkirkan stigma ini?

Para pakar menyalahkan faktor kejahilan. Bagaimanapun, usaha untuk memeranginya bukanlah suatu yang mudah. Seperkara lagi, setiap orang mempunyai pengetahuan kesihatan dan perubatan yang berbeza-beza. Dengan perbezaan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, tugas mendidik masyarakat dengan sesuatu yang serumit seperti virus baru nampaknya agak sukar.

Tetapi itu tidak bermaksud kita patut menyerah kalah. Ia hanya memerlukan kita menggerakkan selangkah lagi untuk mengatasi masalah stigma.

Tanggungjawab mendidik masyarakat harus bergantung kepada pakar perubatan atau mereka yang bekerjasama rapat dengan individu dalam bidang perubatan, seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan. Bahagian pertarungan yang lain melibatkan media, NGO, masyarakat, dan pemimpin tempatan dan nasional.

Terdapat keperluan maklumat yang tepat untuk mendidik massa mengenai stigma Covid-19 dan mesejnya hendaklah mudah dan tepat. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap bagi menyampaikan bahawa penyakit itu bukannya kesalahan daripada pesakit.

Tidak ada yang dijangkiti dengan sengaja, walaupun tingkah laku mereka mungkin akan meningkatkan risiko mereka. Tingkatkan mesej kesihatan semasa dengan mengingatkan mereka walaupun anda tidak patut berada dalam bilik yang sama, anda boleh sahaja telefon, tulis pesanan atau emel dengan mereka.

Sekiranya seseorang yang anda kenali telah dijangkiti, bertanyalah khabar mereka dan tunaikanlah jika mereka memerlukan sesuatu. Apa sahaja ketakutan yang anda rasakan sekiranya tinggal atau bekerja di kawasan yang sama dengan mereka, ia tidaklah seburuk perasaan yang mereka sendiri alami. Dan apabila mereka telah pulih, tunjukkan bahawa mereka masih menjadi sebahagian daripada komuniti.

Reza Huzairi, kes Covid-19 ke-46 di Malaysia, berpendapat bahawa ini sangat penting di kampung-kampung yang mana jurang pengetahuan agak jauh.

"Saya rasa kita boleh bekerjasama dengan pihak berwajib kesihatan setempat (dan pemimpin setempat) untuk melakukan kempen atau risalah untuk menjelaskan kepada penduduk kampung dan menyokong bekas pesakit," katanya.

Bagi Dr Milton Lum, mantan presiden Persatuan Perubatan Malaysia, semuanya itu perlu dihormati.

"Apabila anda menghormati seseorang, anda tidak akan menjadi orang yang menghakimi," katanya.

Ada sebab mengapa ibumu terus berkata, "Anda mendapat lebih banyak lalat dengan madu berbanding cuka." Menggunakan pendekatan yang diharap akan menghasilkan lebih banyak kerjasama, dan dengan tekanan ancaman D614G yang tersedia ada, kerjasama amat diperlukan berbanding sebelum ini.

Oleh itu, bersikap baiklah terhadap pesakit Covid-19 dan keluarga mereka, walaupun mereka melakukan kesalahan seperti melanggar peraturan kuarantin dan menjangkiti sejumlah besar orang lain. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!