X

Kindly register in order to view this article
!

Objek misteri dikaji oleh Rusia

Gambar menunjukkan beberapa objek terbang tidak dikenali beriringan dan kelihatan seperti titik-titik putih yang dirakamkan oleh Ivan Vagner semasa dia berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini. - Foto Twitter/Ivan Vagner
A
A

OTTAWA - Banyak perkara yang luar biasa berlaku di dalam dunia ini termasuk alam semesta yang menyimpan pelbagai rahsia yang masih belum dirungkai oleh manusia.

Justeru, seorang angkasawan Rusia, Ivan Vagner, 35, mendakwa dia melihat beberapa objek berterbangan semasa dia membuat rakaman video dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurut laporan portal berita Global News pada 20 Ogos lalu, Vagner merakamkan imej itu yang dikatakan sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) semasa membuat rakaman aurora australis iaitu cahaya selatan.

"Tetamu angkasa," katanya menerusi Twitter yang menyiarkan rakaman itu dan kenyataan tersebut pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, objek-objek itu menunjukkan ia berterbangan beriringan antara 8 hingga 12 saat dalam jarak sama, katanya menerusi satu lagi kenyataan susulan di Twitter.

"Apakah anda fikir benda-benda itu? Meteor, satelit atau...?" tambahnya.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui dengan tepat bila rakaman tersebut dilakukannya.

Walau apa pun objek itu, ia muncul ketika satu jaluran cahaya berada dekat dengan sebahagian kawasan di Bumi.

Sebuah agensi angkasa lepas Rusia iaitu Roscosmos turut berkongsi video tersebut di akaun Twitternya.

"Sesuatu yang menarik berlaku ketika angkasawan Roscosmos, Ivan Vagner merakamkan video misteri dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa," kata kenyataan agensi angkasa lepas Rusia itu menerusi Twitter.

Rakaman video kemunculan objek misteri itu juga kini dijadikan bahan kajian oleh pakar-pakar dari Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Rusia.

Jurucakap Roscosmos, Vladimir Ustimenko mengesahkan bahawa video itu sedang dikaji, menurut agensi berita TASS.

"Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sehingga para penyelidik dan saintis Roscosmos di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Rusia memberitahu kami apa yang mereka fikirkan," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!